Edu Smart

Edu Smart

Thursday, December 5, 2013

Tangram: Tingkat Kreativiti Anak/Murid Anda!

Assalamualaikum

Kali ini Matematik Super menyediakan permainan matematik yang sangat menarik iaitu Tangram. Tangram adalah permainan puzzle yang terkenal dalam matematik. Permainan ini berasal dari negara China, dikenali sebagai 七巧板 (qī qiǎo bǎn). Tangram merupakan puzzle yang terdiri dari TUJUH keping bongkah (disebut 'tan') dan memiliki tiga bentuk, iaitu 5 buah segitiga, 1 segi empat sama dan 1 segi empat selari. Cara permainan Tangram adalah dengan menyusun 'tan' tersebut menjadi suatu bentuk; atau mengikuti pola bentuk yang telah disediakan.

Permainan Tangram mempunyai pelbagai keistimewaan dalam perkembangan minda kanak-kanak. Antaranya:

• Mengembangkan minat kanak-kanak terhadap geometri.
• Mampu membezakan pelbagai jenis bentuk.
• Mengembangkan perasaan intuitif terhadap bentuk-bentuk dan geometri.

PALING MENARIK, guru juga dapat menggunakan Permainan Tangram ini sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran.

Material: Kayu Berwarna
Ukuran: 14.5cm x 14.5cm
Harga: RM 10 sahaja (excluded postage) 











 



 



 




 




 




 


 Untuk membeli, sila buat tempahan pada Order Form kami:
 
  https://www.facebook.com/MatematikMalim/app_221460014534454


No comments:

Post a Comment